"ini memang blog peribadi, juga tempat untuk berpolemik selain kedai kopi"
aku menulis bukan kerna nama, tapi kerna sifat kasih pada sesama insan :)

Wednesday, December 26, 2012

bukan nukilan sendiri


Setiap Manusia Pasti Punya
Pemikiran Yang Saling berbeza
Tapi Janganlah Cuba Untuk Memaksa
Yang Lain Jika tidak Sekata
Usah Taksub Taksiran Sendiri
Pandanganlah Dari Sudut Yang Lain
Mungkin Ada Benarnya Kata Mereka
AndaiNya Berfikiran Terbuka
Renungkanlah Bersama
Temanku Bersalamlah Selalu
Hormati Mereka Disekelilingmu
Temanku Marilah Kita Bersama
Menjadi Pejuang Agama
Tak Perlu Meninggikan Suara
Untuk Meluahkan Apa Dirasa
Kerana Lantang itu Bukannya Bermakna
Katamu Menjadi Lebih Benar
Renungkanlah Bersama

Thursday, December 20, 2012

USAHAWAN BERJAYA

Salamullah dan Selamat Petang, semoga anda semua sihat kaya dan berjaya !
Sedang sibuk berjalan jalan sambil cuci mata dekat pantai port dickson yang tak berapa nak bersih ni, aku terima satu panggilan telefon dari seorang sahabat lama yang asalnya dari Sabah. Punyalah lama bersembang, dia ckp dengan aku yang dia nak berniaga. Dia nak jadi usahawan katanya, mintak aku tolong ajarkan. Bila aku tanya kenapa nak berniaga? Katanya duit tak cukup kalau setakat makan gaji.
Pertama sekali, aku mintak maaf kat dia sebab aku tak dapat nak ajar dia berniaga. Bukan kerana aku ni kedekut ilmu, bak kata orang business secret mana boleh share. Bukan sebab tu, tapi sebabnya adalah kerana aku masih dahargakan ilmu. Aku masih kurang ilmu kat dada, bukanya aku hebat berniaga sampai untung juta juta. Main jutaria pun aku bankrup !
Tapi kalau setakat nak mintak tolong aku sikit sikit tu, aku takdehal. Aku sanggup share pengalaman yang aku dah lalu supaya korang tak buat salah macam apa yang aku dah buat.
Senang ke berniaga ni? Senang atau susah tu, suatu perkara yang subjektif bagi aku. Memang berniaga ni suatu perkara yang susah, kalau takde ilmu, dan tak tau cara dan kaedah menguruskan sesuatu tuh dengan betul terutamanya duit. Banyak perancangan dan pelan yang nak kena sediakan. Bak kata joe Flizow, "setiap gerak geri, pelan harus dipersiapkan"
So, banyak benda yang perlu diselesaikan, perlu rancangkan, dengan rapi dan teliti, barulah boleh berjaya di kemudian hari. Sedangkan Kegemilangan Kota Rom itu pun makan masa bertahun, bukan dalam sekelip mata. Begitulah jugak perniagaan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, December 19, 2012

20122012

Double 2012 !

Nervous, sebab katanya result keluar tepat jam 1200 20.12.2012
Cantik betul number, pandai betul Miat bermain dgn tarikh. Haritu, last paper 12.12.2012. Mmg number 1 dan 2 yg berpusing pusing. Harapnya untuk result ni, nombor 4 lah yg naik. Bukan lagi nombor 1 atau 2. Apa apa pun kita tunggulah pukul 12 ni, baru lah dapat tahu sama ada result diumumkan harini adalah suatu Fakta atau cuma Auta !
Salam sayang, Salamullah :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, December 17, 2012

Live Update from PD

Salamullah :)
So far, kursus ni berjalan lancar penuh pengisian tentang bidang keusahawanan and sangat sangat menenangkan.
Walaupun kat sini efy ialah adik bongsu, disebabkan efy adalah peserta kursus paling muda. Nak dibandingkan dengan peserta kursus yang lain, semua adalah akak akak and abg abg senior, malah yang dah ada anak dua pun ada jugak.
Now waktu untuk aktiviti bebas, berehat bersantai sampai ke pukul 9.30 malam. Kat sini efy dapat bilik sharing 4 orang. Walaupun bilik sharing tapi bilik ni sangat sangat besar untuk 4 orang. Sebenarnya ni apartment bukan bilik, hehehe. Thanks to Mara ! Banyak betul duit diorang. Btw, kepada MARA cepat cepatlah luluskan loan Mara efy tuh ya, nak bayar yuran pengajian sem lepas ni hahaha.
Itu saja buat masa sekarang. Terima kasih !
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
banner 516×75