"ini memang blog peribadi, juga tempat untuk berpolemik selain kedai kopi"
aku menulis bukan kerna nama, tapi kerna sifat kasih pada sesama insan :)
Wednesday, June 1, 2011
jahatnya kamu
mereka kata aku jahat,
mereka kata aku sombong,
mereka kata aku tiada hati perut,
mereka kata aku cakap tanpa memikirkan perasaan orang lain,
itu semua sebelum mereka kenal siapa aku,
aku adalah aku,
dan aku tetap akan menjadi aku,
mereka adalah mereka,
dan mereka berubah kerana aku,
bila aku mula ada dengan mereka,
mereka seolah olah tak hargai,
bila aku mula pergi menyepi,
barulah mereka mula tercari cari,
aku orang biasa,
darah aku juga merah seperti mereka,
sendi sendi aku juga mengembang dan mengecut seperti mereka,
namun aku tak kecut,
dan hati aku tidak sekeras hati mereka,
tetapi mereka lebih keras kepalanya berbanding hati.
aku bersyukur aku berjaya mengubah mereka,
dengan ilmu dan kudrat daripada illahi,
mereka mula menjadi manusia hakiki,
mereka mula rasa apa itu sebenarnya hafiy,
dan mereka mula menghargai kewujudan diri ini,
aku buat bukan kerna nama,
tapi kerna rasa kasih pada sesama bangsa,
aku mahu mereka menjadi manusia,
aku mahu mereka bejasa pada agama,
aku mahu mereka tegakkan bangsa,
aku mahu mereka beri sesuatu pada negara,
aku mahu mereka hargai apa itu ibubapa,
aku penat, aku lelah, aku leka , aku alpa
namun semuanya hilang tiba tiba
bila mulut mereka menuturkan satu kata,
kata ajaib seribu makna,
ucapan terima kasih tak terhingga,
aku rasa aku berjaya,
memanusiakan apa itu manusia
ingatlah, aku sayangkan bangsaku
aku tidak lagi mahu lihat layu dalam melayu
-efy-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment