"ini memang blog peribadi, juga tempat untuk berpolemik selain kedai kopi"
aku menulis bukan kerna nama, tapi kerna sifat kasih pada sesama insan :)

Sunday, December 16, 2012

Maaf dihulur, salam diberi

Firstly, efy nak mintak maaf sebab dah terlalu lama tak berblog-ing ni. Biasa org cakap blog dah berhabuk, tapi ni bukan berhabuk lagi malah dah sampai dah naik karat dan kulat dah. Ni semua disebabkan terlalu sibuk dengan jadual sebagai mahasiswa, dan terpaksa uruskan urusan business. Almaklumlah, nak jadi usahawan berjaya menjelang umur 25 tahun. Eceeehhh ~
InsyaAllah kalau takde aral melintang lepas ni boleh update blog semula dengan lebih kerap disebabkan baru reti nak update blog on the go menggunakan bb. Noob jugak efy ni rupanya, phone je canggih orangnya tak canggih pun.
Untuk pengetahuan semua, efy sekarang merupakan seorang graduan di Universiti Kuala Lumpur Malaysia Institute Of Aviation Technology dalam bidang kejuruteraan Penyelengaraan Kapal Terbang. Bukan pilot ya? Tapi cuma orang yang tolong skru kan kapal terbang, hahaha. Dalam masa yang sama efy menguruskan syarikat perkongsian dengan abang efy, iaitu syarikat yang telah pun berdaftar dgn ssm di bawah nama Long March Seven Enterprise (002124659-K) di mana kitaorang buat segala jenis printing tak kisah lah tshirt ke, kad kahwin ke, banner bunting, button badge, dan juga corporate gift. Mesin kitaorang ada di serdang, so kalau ada pembaca blog ni nak tempah apa apa, boleh terus contact efy. Jangan risau, special price untuk korang semua ! Efy jugak dalam masa yang sama ada buat usahasama dengan pihak Airwings Merchandise, untuk supply Aviation Merchandise dekat pelajar pelajar Miat. Tak lupa jugak nak bagi tahu kat sini efy ialah authorised Distributor Amway (M) Bhd. iaitu company yang berada di tangga ke 3 bursa saham Kuala Lumpur. Amacam gempak tak? Macam manalah tak busy kan. Pasal company company efy ni, efy akan ceritakan lagi dengan lebih details dalam post post seterusnya kalau ada jodoh dan masa :)
Sekian saja untuk post ni, doakan efy dapat jadi seorang usahawan Melayu Muda yang berjaya sebelum umur efy capai 25 tahun. Bukan apa, efy bukan nak jadi brader, tapi cuma nak jadi orang berada yang dapat menjaga setiap ahli keluarga !

Sebarang pertanyaan atau kritikan boleh contact efy terus 013-3437736 (24/7)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment

banner 516×75