Salamullah dan Selamat Petang, semoga anda semua sihat kaya dan berjaya !
Sedang sibuk berjalan jalan sambil cuci mata dekat pantai port dickson yang tak berapa nak bersih ni, aku terima satu panggilan telefon dari seorang sahabat lama yang asalnya dari Sabah. Punyalah lama bersembang, dia ckp dengan aku yang dia nak berniaga. Dia nak jadi usahawan katanya, mintak aku tolong ajarkan. Bila aku tanya kenapa nak berniaga? Katanya duit tak cukup kalau setakat makan gaji.
Pertama sekali, aku mintak maaf kat dia sebab aku tak dapat nak ajar dia berniaga. Bukan kerana aku ni kedekut ilmu, bak kata orang business secret mana boleh share. Bukan sebab tu, tapi sebabnya adalah kerana aku masih dahargakan ilmu. Aku masih kurang ilmu kat dada, bukanya aku hebat berniaga sampai untung juta juta. Main jutaria pun aku bankrup !
Tapi kalau setakat nak mintak tolong aku sikit sikit tu, aku takdehal. Aku sanggup share pengalaman yang aku dah lalu supaya korang tak buat salah macam apa yang aku dah buat.
Senang ke berniaga ni? Senang atau susah tu, suatu perkara yang subjektif bagi aku. Memang berniaga ni suatu perkara yang susah, kalau takde ilmu, dan tak tau cara dan kaedah menguruskan sesuatu tuh dengan betul terutamanya duit. Banyak perancangan dan pelan yang nak kena sediakan. Bak kata joe Flizow, "setiap gerak geri, pelan harus dipersiapkan"
So, banyak benda yang perlu diselesaikan, perlu rancangkan, dengan rapi dan teliti, barulah boleh berjaya di kemudian hari. Sedangkan Kegemilangan Kota Rom itu pun makan masa bertahun, bukan dalam sekelip mata. Begitulah jugak perniagaan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment